Welcome Note

Usia Blog Ini

Followers

Wednesday, August 31, 2011

1 Syawal || Raya 2011

Assalamualaikum wbt..
Layan pic jak la ya..

Colourlight Big Papa ni tahun..

Pulang balik KK-Kudat-KK. Sampai di IP trus terjak KFC sbb xlarat msk & lapar!









Model KFC xberbayar..

pose trip ayu + sopan

Kacang Kudat di simpang Kudat - Kota Marudu

Model xberbayar gerai kacang..hehe

maid (c Aly d umah makcik tuang Fruitade & jd tukang serve..haha)

Tuesday, August 30, 2011

The Journey

Balik Kampunggg... OoOoOo.. Balik Kampunggg...
OoOoOo..Balik Kampung...Hati RIANGGGGG~






Jerebu @ Haze???

Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku kongsi keadaan berjerebu di sekitar Tg Lipat, Likas.. Kabur wei pandangan ini..
Sampai landmark mcm Masjid Bandaraya & Yayasan Sabah pun kurang jelas bila tengok dari Tg Lipat..huhu


Yang aku bulatkan di atas nih Masjid Bandaraya..


Yg ni pula Yayasan Sabah.. T___T




Friday, August 26, 2011

Fishball Day~



Assalamualaikum wbt..

Semalam habis Kumon, ntah roh rajin memasak merasuk diri.. Tema masakan adalah Fishball.. Amik ko, dlm sayur pun aku masukkan ckit.


Sayur Paku Pakis Tumis


Fishball Masak Taucu

p/s: maaf, entry makanan pla..

Wednesday, August 24, 2011

Favourite Games


Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku share Top 3 game yang aku suka main di Facebook...hohoho...

1-Maple Story Adventures
Game ni aku suka main sebab Fyda & Aly pun main sama! Kami berlumba2 tu naikkan level masing2. Game ni juga penuh dgn quests yang perlu dilengkapkan. Selain itu, ada beberapa item iaitu Collection yang boleh di tukar dengan gems untuk berurusan dengan Yulete. Ahh, cerita lebih pun susah, jadi sila main..hehe

2- Angry Birds
Hahaha..nah game ni siapa x tahu, aku pun x tahu laa.. Game ni mo ada strategi untuk meranapkan kayu, kaca, batu & skaligus membunuh si pencuri telur.. Setiap karakter game ni ada power masing-masing macam ada yg utk speed & ada juga boleh berpecah 3..

Yup, no.1 itu adalah score aku..kekeke...

3- The Sims Social


Sebenarnya, game The Sims ni dulu pernah main.. PC Version. Hahaha.. feeling2 bina rumah, ada anak, cari kerja, ada maid.. Yang FB Version ni comel paparannya & simple saja untuk difahami..cuma lag..uhuhuhu..OK, game ni baru hari ni aku main. keke..

Tuesday, August 23, 2011

Melawan Kesepian


Judul/Lirik Lagu: Melawan Kesepian

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan…
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..

VIDEO


My Sweet Treat



Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku reveal favvy treat aku..ngehehe...



Yang ini all time favvy...tapi paling favvy tu Roasted Almond..yummy!

Siapa taw ini? hahaha..selalu beli d 7-Eleven..sedap ehh...
(OK, nampak ni trus mo p beli laa malam ini..hehe)

Saturday, August 20, 2011

Maafkan aku..

Assalamualaikum wbt.

Aku percaya apa yang telah terjadi telah ditakdirkan untuk kita. Aku hanya manusia biasa. Punya kelemahan dalam diri, namun aku telah mencuba yang terbaik dari diriku walaupun tidak memuaskan hati kamu. Selama persahabatan yang terjalin, aku tidak pernah mengira berapa kali kita bergaduh, tetapi aku mengenang apa yang telah kita lalui dan kenangan-kenangan manis yang mendewasakan kita.

Do you still remember about BRUDDIES? Hehe.. a group of 4 & di situlah aku dapat nama Mudz (kunu unsur lumpur), yang lain-lain aku lupa tapi mmg unsur2 bumi juga kan. Siap ada scrap book lagi tuh lengkap dengan objektif dan impian kita berempat. Selama 5 tahun sekolah menengah kita duduk sebelah menyebelah, sampaikan bila kita tidak jalan bersama pun kawan-kawan lain ingat kita gaduh.

Mana lagi zaman kita lepak ke Inanam pergi CC Ah Chong (eh tu kah nama dia?). Port utama selalu ke Flat Telekom. Siap daki bumbung paling atas tapi aku yang gayat ni tidak berani naik. Setiap hari kita pulang sekolah kita naik dua kali bas untuk pulang. Setiap langkah perjalanan pulang aku tidak terasa jauh & penat bila kita berdua. Ada-ada saja yang kita bualkan.

Favourite magazine GALAXY. Beli di kedai All Saints. Terus terjebak dalam dunia pop group 90-an. The Moffatts, Backstreet Boys (BSB), 911, Westlife (aku taw ko fanatik Shane masa nih) antara fav. group kita. Masa The Moffatts datang KK kita semangat ke CP kan semata-mata mo tgk mini showcasedi Palm Square (punya semangat..).

Ini hanyalah cebisan kenangan dari banyak lagi yang pernah terjadi antara kita. Sesungguhnya, aku berharap keadaan kita tidaklah seperti sekarang. Aku rindu kita yang dulu, namun ternyata kehidupanku ini mengganggu ketenteramanmu, sahabat. Benar aku terkilan, kecewa dengan apa yang terjadi namun aku hanya ingin menjalani kehidupan dengan tenang tanpa permusuhan, tanpa mbuang muka, tanpa tidak peduli, tanpa rasa menidakkan kewujudan masing-masing.

Jarang aku menangis namun apa yang terjadi benar-benar memecahkan benteng airmataku. Namun aku percaya, tuhan lebih mengetahui & aku redha akan semua ini. Akhir sekali aku hanya berharap akan dihalalkan makan minumku, dan aku susun jari meminta kemaafan andai aku pernah menyakiti hatimu. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan segala yang buruk itu kelemahanku sendiri. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu, sahabat. =)

Friday, August 19, 2011

Surat "CINTA"

Assalamualaikum wbt..

Hal ini berlaku kelmarin. Pulang saja nampak surat dlm peti surat. Tgk nama aku, dari ***. Ya Allah, mungkinkah rezekiku kali ini? Seriously, inilah peringkat terakhir. Mudah-mudahan aku terpilih. ^^,


Tuesday, August 16, 2011

Cuti Approved!! Yeayy~

Assalamualaikum wbt.

Hanya ingin mengumumkan bahawa

cuti raya suda

A.P.P.R.O.V.E.D....!!!!

Lagu Raya Favourite

Assalamualaikum wbt.

Hai..hai..hai~ Aku suka lagu raya yang evergreen..semangat betul dengar lagu raya bila drive pulang kampung kan.. hehe..Lagu fav aku pula :

1-Selamat Hari Raya :: Saloma
2-Bila Takbir Bergema :: Rafeah Buang
3-Balik Kampung :: Sudirman
4-Pulanglah :: Aishah
5-Seloka Hari Raya :: Hail Amir & Uji Rashid
6-Suasana Hari Raya :: Sharifah Aini
7-Nazam Lebaran :: Siti Nurhaliza
8-Anugerah Aidilfitri :: Siti Nurhaliza


eee...banyak lagi laa..ni baru cikit ja ni..hahah..pentamak betul.. =) Anyway, camna dengan persiapan raya? Pastinya ramai mengambil kesempatan untuk memenuhi hujung minggu dengan shopping kan..

Tapi, bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita.. janganlah kita leka & terlalu asyik sehingga melupakan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.. Tingkatkan amal ibadah, perbaiki diri. =)

Monday, August 15, 2011

Notty Kitty






Assalamualaikum wbt.

Lihatlah aksi si Chachang ni..genap 8 bulan lebih suda usianya..

Perkembangan :

1-Nakal & suka main2
Chachang ni nakal habis. Dia suka main hide & seek, especially bila ada orang lalu di pintu & tangga.. Mulalah dia cari port utk terkejutkan orang tu. Lepas tu, dia pantang kalau tali2 panjang yang bergerak2 mcm tali pinggang, riben mesti dia terkam. Di kejar, sanggup pula tu melompat & trus rebahkan badan semata-mata untuk tahan tali tu..

2-Pandai minta makanan
Part ini bila dia lapar dia gsel2 kepala kunu manja2 minta makanan. Pernah tu pagi2 p bilik Big Mama & jilat2 tgn Big Mama (Big Mama geli tuh begitu..aku pun kegelian..kasar lidahnya..). Tapi ya Rabbi...Divo !! (Diva utk pmpuan jadi since Chachang jantan, Divo lah kunu). Pas makan trus dia kluar.. Plg umah bila lapar & mo tidur jak..

3-Penakut!!
Hahahha..mesti nda sangka kan..ya, Chachang penakut..pernah tu ada kucing di luar rumah bergaduh, dia cepat2 masuk rumah.. lepas tu kelam kabut ketakutan naik p bilik (tingkat atas). Suda sunyi2 suda barulah dia turun dgn selambanya.. hahahahahaha... ketawa kami tgk dia masa tu...cover line..

Leave Application : Cuti Raya


Assalamualaikum wbt.

yup, baru hari ini aku & co-worker apply cuti raya.

plan mo cuti 29/8/11 till 03/09/11

** 01/09/2011 ni bday Big Papa **


Kuih Raya On Weekends

Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu lalu, aku pun x taw semangat apa yang merasuk jiwaku..haha..semangat diri kali (since syaiton sudah di belenggu). Raya tahun ini meriah sebab ada c Fyda & Aly di rumah..UMS & UiTM cuti 4 bulan.. c Aly semangat salin resipi kuih muih dari web.

1- Biskut Kacang
Projek kuih raya dimulakan oleh Big Mama dengan biskut kacang resipi turun temurun.. Aku tukang sapu kuning telur di atas biskut & tukang jaga oven..

Biskut Kacang (ni tahun2 mesti ada)

Hasil satu kali adunan dapatlah 1 container besar (aku xkira pula berapa biji biskut ni..)


2-Biskut Chocolate Chips
Biskut ni aku yang buat (woohoooo~) melalui resipi dari web. Gigih juga laa membeli bahan-bahan biskut ni d Servay.. Hampir-hampir aku xjumpa chocolate chips sebab aku cari d bahagian bahan-bahan buat kuih, cookies tapi sempena raya dorg move bahan-bahan tu ke depan..

Biskut ni aku buat malam sampai laa jam 1 lebih pagi baru siap.. (sebab aku mula lewat juga..keke). Biskut ni cepat saja dibakar. Dalam 3 min kaa begitu..yang pasti jangan tinggalkan oven. Sentiasa check. Biskut ni kategori soft cookies..nyaman saja aku makan masa batch 1st tu..


Cukuplah juga 1 container..yang ini aku xjamin sampai Raya..kali habis dimakan-makan. =)

3- Biskut Arab
Biskut Arab ni c Aly yang bikin. Belum aku rasa tapi cute eh biskut ni. Ada 3 warna & disalut gula halus dalam papercup yang cumil. Biskut ni sikit saja hasilnya dari 1 adunan. Dapat la 1 container kecil.


4- Kek Pisang
Kek Pisang ni Big Papa request hari Sabtu lalu.. jadi tgk resipi kejap (since last resipi tu hilang..). Bahan-bahan smua ada, tggal blend & campurkan saja. Sungguh aku xsangka keknya lembut, moist, rasa pisang (sudah kek pisang xkan rasa nanas pula??) & gebu... Ini lah kek yang paling berjaya aku buat! hahaha..



5- Kuih Siput
OK, ini percubaan pertamaku juga membuat kuih siput..walaupun teda serbuk cili & daun kari..aku buat jugalah kunu untuk trial..mula2 aku xtaw teknik menyiput ni..c Aly & Big Mama ajar. Lama2 boleh2 laa juga sebab aku tgk bentuk siputlah juga. setengah kilo aku ambil masa 1 jam menyiput..uhuhuh...cramp tangan..


Tapi..masa goreng tu Big Mama, Aly & aku argue isu sampai warna apa kuih tu di goreng..ends up ada 3 warna jadinya..Gelap, Coklat & Cerah...lepas tu kena tambah jintan manis & jintan putih lebih lagi..tambah juga laa kali serbuk kari & serbuk cili utk lebih kick..


Overall semua biskut & kek ini dimasak menggunakan oven lama Big Mama.. masih bertahan ini oven. Sesungguhnya oven ini banyak sekali berjasa kpd kami..uhuhuh..


P/s: sedang sibuk buat kuih, ada laa makhluk lena dibuai mimpi..Adedei, Chachang..no manners sungguh anda...terkangkang2 ko tido...

Friday, August 12, 2011

Sceneries - 11082011

Assalamualaikum wbt..

Kali ni, aku share gambar-gambar yang aku snap (kamera HP sja..huhu). Aku rasa cantik aspecially awan-awan tu.. Subhanallah..