Welcome Note

Usia Blog Ini

Followers

Wednesday, August 31, 2011

1 Syawal || Raya 2011

Assalamualaikum wbt..
Layan pic jak la ya..

Colourlight Big Papa ni tahun..

Pulang balik KK-Kudat-KK. Sampai di IP trus terjak KFC sbb xlarat msk & lapar!









Model KFC xberbayar..

pose trip ayu + sopan

Kacang Kudat di simpang Kudat - Kota Marudu

Model xberbayar gerai kacang..hehe

maid (c Aly d umah makcik tuang Fruitade & jd tukang serve..haha)

Tuesday, August 30, 2011

The Journey

Balik Kampunggg... OoOoOo.. Balik Kampunggg...
OoOoOo..Balik Kampung...Hati RIANGGGGG~






Jerebu @ Haze???

Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku kongsi keadaan berjerebu di sekitar Tg Lipat, Likas.. Kabur wei pandangan ini..
Sampai landmark mcm Masjid Bandaraya & Yayasan Sabah pun kurang jelas bila tengok dari Tg Lipat..huhu


Yang aku bulatkan di atas nih Masjid Bandaraya..


Yg ni pula Yayasan Sabah.. T___T




Friday, August 26, 2011

Fishball Day~



Assalamualaikum wbt..

Semalam habis Kumon, ntah roh rajin memasak merasuk diri.. Tema masakan adalah Fishball.. Amik ko, dlm sayur pun aku masukkan ckit.


Sayur Paku Pakis Tumis


Fishball Masak Taucu

p/s: maaf, entry makanan pla..

Wednesday, August 24, 2011

Favourite Games


Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku share Top 3 game yang aku suka main di Facebook...hohoho...

1-Maple Story Adventures
Game ni aku suka main sebab Fyda & Aly pun main sama! Kami berlumba2 tu naikkan level masing2. Game ni juga penuh dgn quests yang perlu dilengkapkan. Selain itu, ada beberapa item iaitu Collection yang boleh di tukar dengan gems untuk berurusan dengan Yulete. Ahh, cerita lebih pun susah, jadi sila main..hehe

2- Angry Birds
Hahaha..nah game ni siapa x tahu, aku pun x tahu laa.. Game ni mo ada strategi untuk meranapkan kayu, kaca, batu & skaligus membunuh si pencuri telur.. Setiap karakter game ni ada power masing-masing macam ada yg utk speed & ada juga boleh berpecah 3..

Yup, no.1 itu adalah score aku..kekeke...

3- The Sims Social


Sebenarnya, game The Sims ni dulu pernah main.. PC Version. Hahaha.. feeling2 bina rumah, ada anak, cari kerja, ada maid.. Yang FB Version ni comel paparannya & simple saja untuk difahami..cuma lag..uhuhuhu..OK, game ni baru hari ni aku main. keke..

Tuesday, August 23, 2011

Melawan Kesepian


Judul/Lirik Lagu: Melawan Kesepian

Penyanyi: Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Semoga kepergianmu
Tak akan…
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..

VIDEO


My Sweet Treat



Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku reveal favvy treat aku..ngehehe...



Yang ini all time favvy...tapi paling favvy tu Roasted Almond..yummy!

Siapa taw ini? hahaha..selalu beli d 7-Eleven..sedap ehh...
(OK, nampak ni trus mo p beli laa malam ini..hehe)

Saturday, August 20, 2011

Maafkan aku..

Assalamualaikum wbt.

Aku percaya apa yang telah terjadi telah ditakdirkan untuk kita. Aku hanya manusia biasa. Punya kelemahan dalam diri, namun aku telah mencuba yang terbaik dari diriku walaupun tidak memuaskan hati kamu. Selama persahabatan yang terjalin, aku tidak pernah mengira berapa kali kita bergaduh, tetapi aku mengenang apa yang telah kita lalui dan kenangan-kenangan manis yang mendewasakan kita.

Do you still remember about BRUDDIES? Hehe.. a group of 4 & di situlah aku dapat nama Mudz (kunu unsur lumpur), yang lain-lain aku lupa tapi mmg unsur2 bumi juga kan. Siap ada scrap book lagi tuh lengkap dengan objektif dan impian kita berempat. Selama 5 tahun sekolah menengah kita duduk sebelah menyebelah, sampaikan bila kita tidak jalan bersama pun kawan-kawan lain ingat kita gaduh.

Mana lagi zaman kita lepak ke Inanam pergi CC Ah Chong (eh tu kah nama dia?). Port utama selalu ke Flat Telekom. Siap daki bumbung paling atas tapi aku yang gayat ni tidak berani naik. Setiap hari kita pulang sekolah kita naik dua kali bas untuk pulang. Setiap langkah perjalanan pulang aku tidak terasa jauh & penat bila kita berdua. Ada-ada saja yang kita bualkan.

Favourite magazine GALAXY. Beli di kedai All Saints. Terus terjebak dalam dunia pop group 90-an. The Moffatts, Backstreet Boys (BSB), 911, Westlife (aku taw ko fanatik Shane masa nih) antara fav. group kita. Masa The Moffatts datang KK kita semangat ke CP kan semata-mata mo tgk mini showcasedi Palm Square (punya semangat..).

Ini hanyalah cebisan kenangan dari banyak lagi yang pernah terjadi antara kita. Sesungguhnya, aku berharap keadaan kita tidaklah seperti sekarang. Aku rindu kita yang dulu, namun ternyata kehidupanku ini mengganggu ketenteramanmu, sahabat. Benar aku terkilan, kecewa dengan apa yang terjadi namun aku hanya ingin menjalani kehidupan dengan tenang tanpa permusuhan, tanpa mbuang muka, tanpa tidak peduli, tanpa rasa menidakkan kewujudan masing-masing.

Jarang aku menangis namun apa yang terjadi benar-benar memecahkan benteng airmataku. Namun aku percaya, tuhan lebih mengetahui & aku redha akan semua ini. Akhir sekali aku hanya berharap akan dihalalkan makan minumku, dan aku susun jari meminta kemaafan andai aku pernah menyakiti hatimu. Segala yang baik itu dari Allah SWT dan segala yang buruk itu kelemahanku sendiri. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu, sahabat. =)

Friday, August 19, 2011

Surat "CINTA"

Assalamualaikum wbt..

Hal ini berlaku kelmarin. Pulang saja nampak surat dlm peti surat. Tgk nama aku, dari ***. Ya Allah, mungkinkah rezekiku kali ini? Seriously, inilah peringkat terakhir. Mudah-mudahan aku terpilih. ^^,