Assalamualaikum wbt..
Siapa-siapa sudah layan cerita The Rise of The Planet of The Apes..?? Angkat tangan!!!! (sedang mengangkat tangan~). Aku yakin rata-rata kamu terhibur kan. Filem ini aku tonton semalam. Show jam 9:35pm tapi startnya dekat-dekat jam 10:00pm juga (zzzzz..).
Filem ini mengisahkan seorang saintis iaitu Will Rodman yang bekerja di GEN-SYS dalam usaha untuk mencari penawar bagi penyakit Alzheimer dengan menguji retrovirus secara genetik ke atas mawas (atau chimpanzi). Virus itu bermutasi dan memberi kesan terhadap mawas dengan memberi mereka tahap intelektual seperti manusia.
Dipendekkan cerita, saintis ini membesarkan seekor mawas bernama Ceasar yang mewarisi gen genius ibunya, Bright Eyes. Konflik dalaman berlaku pada Ceasar kerana dia keliru akan identiti dirinya samada mawas ataupun manusia. Akhirnya Ceasar merekrut sekumpulan mawas kurungan dengan menjadikan mereka bijak sepertinya.
Ceasar |
Sepanjang aku menonton cerita ini, aku sedih apabila babak2 manusia menangkap mawas di permulaan cerita. huhuhu..plus bila Ceasar melindungi ayah saintis tu & bila Ceasar di dera di kurungan..adehh, hampir menitis airmata..(emo lebih)..Tapi semua tu di redeem bila part2 lucu, macam Ceasar ambil cookies & menutup bekas cookies itu, bila mawas muka lebar (mcm Maurice namanya) sign language & mengatakan mawas bodoh kepada Ceasar, & scene bila Ceasar cakap "No...!!" yang membuat gorilla bernama Buck taken aback dan sangat2 terkejut (rasanya muka semua audiens pun ala2 muka Buck juga) cukup membuat audiens di pawagam tergelak habis.
Maurice |
"Ceasar is home.." |
No comments:
Post a Comment